#PrayForMH370

#PrayForMH370

Wednesday 4 June 2014

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah Berkuatkuasa


ALOR SETAR - Rang Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2013 yang diluluskan Dun Kedah Ogos lalu berkuatkuasa bulan ini untuk membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap pengikut dan penyebar fahaman Syiah.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pindaan itu yang diluluskan sudah diwartakan dengan percetakan untuk diguna pakai.

"Jika tidak silap empat hari lalu (hujung bulan lalu), rang undang-undang itu sudah dicetak dan diwartakan. Justeru kita mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat.

"Sebelum ini walaupun sudah dipersetujui dalam sidang dewan (pindaan rang undang-undang) tetapi sebab belum dicetak, ada pihak tertentu cuba mencabar penguatkuasaan undang-undang dengan menganjurkan perhimpunan (Syiah peringkat kebangsaan) walaupun sebenarnya melanggar undang-undang," katanya kepada media selepas menyampaikan ucapan pada program 'Insaniah Distinguished Speakers Series (IDSES 2014) di Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di sini.

Mukhriz berkata, susulan itu Pemuda Umno Kedah sudah membuat laporan polis kerana tersebar luas maklumat mengenai penganjuran perhimpunan (Syiah) di Pendang, Kedah.

"Apabila rang undang-undang ini diwartakan dan kemudian ada laporan polis daripada mana-mana pihak, polis sudah boleh bertindak (membuka kertas siasatan dan mengambil tindakan).

"Kita sekarang bukan sekadar memberi amaran (terhadap penyebar Syiah) tetapi sudah mempunyai kuasa untuk bertindak seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang," katanya.

Sabtu lalu, Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad menegaskan enakmen anti-Syiah itu menjurus kepada tindakan terhadap fahaman yang diwartakan sesat dan tidak lagi bersifat umum.

Menurutnya, sebelum ini enakmen sedia ada terlalu umum hingga menyebabkan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) gagal melaksanakan penguatkuasaan terhadap mereka dan terdapat beberapa kelemahan dalam aspek tertentu pada undang-undang sebelum ini, menyebabkan pendakwaan tidak dapat dibuat. -Sinar Harian.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...