#PrayForMH370

#PrayForMH370

Wednesday 18 January 2017

Kedah Luluskan 24 Projek #PR1MA

Kedah luluskan 24 projek PR1MA

SUNGAI PETANI - Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) mempunyai 231 projek yang telah diluluskan sehingga Januari 2017, melibatkan 266,400 unit rumah seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias berkata, sebanyak lapan peratus daripada jumlah keseluruhan projek berkenaan adalah di Kedah.

Menurutnya, sejumlah 24 projek diluluskan di Kedah melibatkan 22,169 unit kediaman termasuk di Alor Setar, Sungai Petani, Kuala Ketil, Baling, Jerai, Jerlun, Kuala Kedah, Kulim, Padang Serai, Padang Terap, Pendang dan Pokok Sena.

“Kesemua ketiga-tiga projek iaitu di PR1MA Residensi @ Kuala Ketil sebanyak 323 unit, PR1MA Residensi @ Sungai Petani 1 sebanyak 1,349 unit dan PR1MA Residensi @ Sungai Petani 2 sebanyak 1,395 unit .

“Daripada jumlah ketiga-tiga projek ini, kita telah menerima lebih daripada 80 peratus tempahan setakat ini,” katanya selepas sesi ramah mesra bersama oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meraikan Komuniti PR1MA pertama di Kedah, semalam.

Menurutnya, antara faktor PR1MA mendapat permintaan menggalakkan adalah kerana tidak banyak rumah di pasaran sesuai dengan kelayakan golongan berpendapatan pertengahan terutama di Kedah.

“Bergantung kepada produk dan lokasi, kediaman PR1MA dijual pada harga antara RM100,000 dan RM400,000 seunit,” katanya.

Menurutnya, perkembangan pesat di Kedah menyumbang kepada peningkatan golongan pertengahan seterusnya meningkatkan permintaan rumah berkualiti yang dijual dengan harga berpatutan.

Katanya, bergantung kepada saiz projek, PR1MA akan menyediakan pelbagai kemudahan untuk komuniti seperti pusat jagaan harian, pusat komuniti, perkhidmatan keselamatan dan lain-lain. - SinarHarian

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...