#PrayForMH370

#PrayForMH370

Monday 2 March 2015

Pas Berpecah Kerana Pasma!


SHAH ALAM - Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marsuki meramalkan berlakunya perpecahan Pas selepas Muktamar Tahunan Pas 2015 yang dijangka berlangsung pada 1 Jun depan.

Menurutnya, keyakinan berkenaan disuarakannya selepas membuat penilaian dan kajian mendalam terhadap konflik dalaman yang tidak dapat diselesaikan dengan baik oleh pemimpin Pas.

“Sebagai contoh, isu Menteri Besar Selangor tahun lalu, wujud percanggahan pendapat yang ketara seolah-olah ada dua kumpulan dalam Pas sering berselisih pendapat sehingga tidak dapat mencapai kata sepakat.

“Dua kumpulan ini adalah golongan yang terbahagi kepada dua iaitu satu menggunakan pendekatan lama dan satu lagi menggunakan pendekatan baharu iaitu Pasma,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, golongan ulama dan profesional dalam Pas bukan ancaman kepada perpecahan parti berkenaan tetapi dengan kewujudan Pasma yang dilihat menjadi duri dalam daging.

“Sebagai contoh kewujudan Pasma pada masa sekarang tidak lagi bergerak sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) sebaliknya dilihat berusaha untuk menjadi sebuah parti politik.

“Mereka (Pasma) dilihat lebih diterima oleh DAP berbanding Pas dalam isu melibatkan soal agama kerana Pasma dilihat lebih bertolak ansur berbanding kami (Pas) yang lebih tegas menegakkan kesucian Islam,” katanya.


Dr Mohd Zuhdi mendakwa, Pasma sedang berusaha menguasai Pas dengan cuba menyusun barisan pemimpin dan direalisasikan melalui muktamar tahun ini.
“Jika mereka (Pasma) tidak berjaya, saya jangka Pasma akan menjadi sebuah parti dan bakal menggantikan Pas dalam PR.

“Jika kita perhatikan dalam dunia gerakan Islam di Asia Barat memang berlaku perpecahan kerana wujud dua kumpulan iaitu kumpulan yang lebih liberal dan kumpulan yang pertahan Islam,” katanya. -SinarHarian

1 comment:

  1. Yg satu angkuh dan taksub, yg satu lagi liberal.
    Mana satu yg betul ?

    ReplyDelete

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...