Lafaz Allah dalam agama Islam dan Kristian jelas berbeza. Justeru, sewajarnya kalimah ini tidak dibenarkan penggunaannya oleh orang Kristian menerusi dalil penggunaan kalimah Allah menerusi kitab Bible mereka yang telah menyekutukan Allah swt. Ini bertentangan dengan ajaran Islam.
Contohnya, kata Jesus kepadanya:
"Janganlah engkau memegang aku, sebab aku belum pergi kepada Bapa, tetapi pergilah kepada saudara-saudaraku dan katakanlah kepada mereka bahawa sekarang aku akan pergi kepada Bapaku dan Bapamu, Allahku dan Allahmu" (Yohanes 20:17)
Penghinaan bagi umat Islam
Konsili yang disertai oleh uskup, teologi kenamaan dan sarjana gereja ini bersetuju untuk menerima konsep Triniti. Menurut Syeikh Muhammad Mutawalli Sya'rawi, kata-kata ini diucapkan oleh orang Kristian setelah 300 tahun kefawatan Nabi Isa. (Al-Sya'rawi, 1987 : 443)
Lafaz Allah yang digunakan dalam konsep Triniti adalah satu penghinaan buat umat Islam dan ia penyelewengan yang sangat nyata bertentangan ajaran agama Islam yang dibawa oleh Nabi Isa.
Seorang penganut Kristian, D Salm Hill berkata: "Kenapa aku menjadi seorang Islam bermula daripada pertanyaan beberapa tokoh orang bukan Islam yang dilontarkan kepadaku. Jika aku percayakan kepada Jesus mengenai firman Tuhan, mengapa aku meninggalkan agama Kristian beralih kepada Islam? Satu-satunya jawapanku ialah: "Aku tidak dapat menerima Triniti, aku tidak mempercayai kebangkitan Jesus, aku tidak dapat menerima kepercayaan bahawa Jesus mati di tiang salib untuk menebus dosa manusia."
Perkara sebeginikah yang kita mahu wujud di negara kita? |
Faktor akidah dan kesucian agama
Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Kali Ke-82 pada 5 hingga 7 Mei 2008 memutuskan bahawa pertimbangan jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi faktor utama adalah berasaskan kepada akidah dan kesucian agama Islam.
Jelaslah kalimah Allah ini sewajarnya dipelihara kesuciannya daripada sebarang bentuk penyalahgunaan yang boleh membawa kepada kekeliruan serta ancaman terhadap keharmonian antara penganut agama khususnya di negara ini.
Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan jika terdapat unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah itu, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
- artikel dipetik dari Berita Harian 10/01/2013
Tok Kenari: Serangan secara halus (meskipun dengan terang-terangan) terhadap agama Islam semakin menjadi-jadi.. selepas kejayaan gerakan Kristianisasi di Sabah dan Sarawak berjaya, maka penyebaran agama Kristian kepada orang Islam (untuk murtad) diteruskan di Semenanjung.. bijaknya gerakan Kristianisasi menerusi parti politik DAP sehinggakan pemimpin PAS pun sanggup mencari dalil untuk menyokong penggunaan kalimah Allah.. maka, apakah rancangan untuk menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi Malaysia masih diteruskan? adakah Melayu (yang majoritinya adalah Muslim) masih hendak berdiam diri?
p/s: daripada dok sibuk join himpunan kebangkitan rakyat, baik orang Melayu Islam bangkit membantah kebiadaban DAP dan menolak pemimpin pembangkang yang bangang memperjuangkan pluralisme!! politik, politik juga.. tapi jangan melampau batas!!
No comments:
Post a Comment
Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..