#PrayForMH370

#PrayForMH370

Tuesday 15 January 2013

Sokong Ke Bantah?


Kota Bharu: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang sebelum ini menyokong penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu bukan saja menukar pendiriannya malah mengelak daripada menjawab mengapa beliau bersetuju sebelum ini.Ketika ditanya mengapa sebelum ini beliau menyokongnya, Menteri Besar Kelantan itu berkata, kalimah Allah hanya merujuk kepada Tuhan yang satu dan tindakan menggunakannya bagi agama lain adalah mengarut. 

"Kalau ada agama lain yang tuhan dia tidak satu bahkan tiga atau lebih dan tiba-tiba nak guna kalimah (Allah)... itu mengarut, nak guna boleh, tak ada masalah tapi salahlah," Datuk Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS

Pada 8 Januari lalu, beliau berkata, penganut agama lain patut diberi ruang untuk membolehkan mereka menggunakan kalimah Allah kerana ia adalah gerakan dakwah untuk mendekatkan orang bukan Islam kepada agama Islam.

“Allah satu, kalau ada orang lain nak guna... agama yang mana tuhannya tidak satu (kemudian) tiba-tiba dia nak guna (kalimah) Allah, (maka) ini tidak betul, kerana apa nak letak nama Allah, Allah digunakan oleh Allah sendiri sebagai tuhan yang satu, Maha Kuasa.

“Jadi, kalau ada agama lain yang tuhan dia tidak satu bahkan tiga atau lebih dan tiba-tiba nak guna kalimah (Allah)... itu mengarut, nak guna boleh, tak ada masalah tapi salahlah,” katanya sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini, semalam. 

Kelmarin, beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Syura PAS di Ibu Pejabat PAS, Kuala Lumpur yang memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.

Mengikut kenyataan yang dikeluarkan Majlis Syura itu, terjemahan God atau Lord daripada mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah adalah tidak dibolehkan dan hendaklah dicegah.

Diminta mengulas lanjut pandangannya yang membenarkan penganut agama lain menggunakan kalimah Allah, Nik Aziz berkata, walaupun boleh disebut kalimah itu namun maknanya salah.

Ketika mengulas pemimpin PAS lain yang mungkin berbeza pandangan dengan Majlis Syura itu, Nik Aziz berkata, beliau tidak tahu mengenai perkara itu.

Kenyataan Majlis Syura itu juga menolak pendirian pembangkang bahawa kalimah Allah boleh digunakan bukan Islam, tetapi tidak boleh diterjemah dalam sebarang bahasa termasuk bahasa Melayu.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 8 Januari lalu pertahankan keputusan dua tahun lalu membenarkan kalimah itu diguna penganut agama lain.

Katanya, Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah itu walaupun tidak mencapai maksud asal seperti dalam al-Quran. - Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...