#PrayForMH370

#PrayForMH370

Friday 11 January 2013

Perkasa Bersama Rakyat Bangkit Bantah Balak!




 



Dengan inisiatif Perkasa Kedah, ribuan rakyat Kedah bangkit untuk bersama-sama membantah tindakan Kerajaan PAS Kedah berikutan pencemaran kawasan tadahan air di Pedu akibat kegiatan pembalakan yang tidak terkawal pada jam 3.00 petang 11/01/2013.

Himpunan bantahan ini turut dihadiri oleh Datuk Ibrahim Ali (Presiden Perkasa), Tuan Syed Othman Syed Mansor (YDP Perkasa Kedah), Datuk Yusof Ismail (YDP Perkasa Kota Setar) dan Zaid Md. Arif (Murshidul Am TIBAI).


Sebahagian isi ucapan Presiden Perkasa untuk direnungkan bersama:
- Sejak PAS perintah Kedah, banyak balak ditebang dan kawasan tadahan air menjadi gondol. Keadaan ini menyebabkan berlaku pencemaran alam sekitar termasuk air empangan menjadi tercemar.
- Pencemaran dan kekurangan air di empangan akan memberi kesan buruk kepada petani / pesawah padi yang mana air tidak mencukupi untuk disalurkan dan menjejaskan tanaman / pendapatan petani.
- Semasa BN perintah Kedah sebelum ini, penebangan balak tidaklah seteruk seperti mana keadaan sekarang. Walaupun Dato' Mahdzir Khalid merupakan ADUN Pedu, tapi beliau tidak pernah menjejaskan kawasan balak di kawasannya semasa menjadi MB sebelum ini.
- PAS hanya tahu untuk tebang balak dan gadaikan tanah seperti yang berlaku di Kelantan sepertimana kes pajakan tanah kepada pemimpin DAP Perak.
- PAS juga sanggup menggunakan agama demi kepentingan politik sehingga menyebabkan orang Melayu pada masa ini semakin berpecah-belah, sehinggakan kalimah Allah pun sanggup 'digadaikan' kepada orang bukan Islam bagi meraih sokongan.
- Perkasa berhimpun pada hari ini adalah bertujuan untuk menyelamatkan hutan di negeri ini dari terus dimusnahkan oleh Kerajaan PAS Kedah.
- Presiden Perkasa menyeru ahli-ahlinya untuk mengundi BN kerana BN dilihat lebih banyak memberi manfaat kepada kesejahteraan rakyat.

Lagi kisah himpunan di >>SINI<<. Kredit to McTheory

p/s: lebih baik kita bangkit secara aman menentang kemusnahan daripada sertai perhimpunan kebangkitan rakyat yang pastinya akan berlaku kemusnahan!

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...