#PrayForMH370

#PrayForMH370

Wednesday, 20 March 2013

Insiden Lahad Datu: Hanya Orang Gila Tuduh Sandiwara


Pihak yang berterusan mendakwa pencerobohan bersenjata di Sabah sebagai sandiwara boleh dianggap sebagai individu sakit otak yang perlu menjalani rawatan mental.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor, mengecam sikap negatif itu mencabar mereka termasuk sesetengah ahli politik yang cuma pandai bercakap supaya turun sendiri ke medan perang untuk menilai sendiri apa yang berlaku.

"Insiden pencerobohan bersenjata ini memang berlaku. Itulah yang sedang dihadapi polis dan tentera di sana. Ini bukan lakonan atau sandiwara. Jangan cakap ikut suka tetapi itulah yang  berlaku. Orang politik fikir mereka boleh cakap apa saja. Kalau ada yang masih pertikaikan, memang otak dia tak berapa betul, kena hantar ke Tanjung Rambutan (hospital mental)," katanya ketika dihubungi.

Beliau mengulas sikap segelintir individu yang memperlekehkan usaha menangani pencerobohan bersenjata di Sabah walaupun sudah 10 anggota polis dan tentera terkorban mempertahankan negara sejak 12 Februari lalu.


Bekas Panglima Markas Medan Tentera Darat, Datuk Seri Zaini Mohd Said pula menyifatkan dakwaan itu langsung tidak berasas kerana banyak aspek perlu diambil kira dalam menilai sesuatu insiden.

"Bukti menunjukkan penceroboh bersenjata itu yang memulakan perang dan dalam situasi itu, kita juga perlu mengambil kira pembabitan musuh dalam selimut. Selain itu, kesultanan Sulu sendiri bergolak mencari kuasa dan pengaruh, berkonflik sesama sendiri."

"Malah, sumber risikan Filipina pula mendakwa pencerobohan itu ada kaitan dengan pembangkang di Malaysia. Adakah mereka tidak mengkaji perkara itu? Apa gunanya bersandiwara jika menggadai keselamatan negara dan membahayakan rakyat," katanya.

Zaini yang digelar Panglima Sauk selepas kes rampasan senjata kumpulan Al-Maunah di Bukit Jenalik, Perak pada 2000 juga mengimbau kes berkenaan yang turut didakwa sandiwara tetapi akhirnya terbukti salah. -Berita Harian.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...