#PrayForMH370

#PrayForMH370

Thursday 19 March 2015

INFO : 10 Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015 Negeri Kelantan


Meskipun tekanan demi tekanan yang dibuat rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat, terutamanya daripada DAP, ianya tidak menghalang Kerajaan Pas Kelantan daripada membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) yang merangkumi hudud, qisas dan takzir di Sidang Dun Negeri semalam.

Pembentangan yang dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan disokong timbalannya, Datuk Mohd Amar Abdullah telah mendapat sokongan lisan dan komitmen daripada 31 Adun Pas dan 12 Adun BN sekaligus memudahkan pindaan ini diluluskan dalam sesi pengundian. Bagaimanapun, wakil tunggal PKR masih tidak menyatakan pendiriannya.

Dalam pembentangan tersebut, sebanyak 10 pindaan dibuat termasuk tiga perkara yang pernah mencetuskan kontroversi, manakala tujuh lagi pindaan bersifat teknikal.

Sebanyak 71 fasal, enam bahagian dan empat jadual merangkumi peruntukan kesalahan jenayah syariah dan perkara-perkara berkaitan dengannya terkandung dalam rang undang-undang itu.

10 pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015 adalah seperti berikut:
  • Orang bukan Islam tidak lagi diberi pilihan untuk menggunakan undang-undang ini.
  • Suami yang meliwat isteri dihukum takzir.
  • Memperkemaskan takrifan liwat bagi mengelak salah faham.
  • Wanita tidak mempunyai suami, hamil dan melahirkan anak tidak dikira sebagai bukti untuk disabitkan kesalahan zina.
  • Menambah baik Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah 1991.
  • Peruntukan yang memberikan kuasa kepada Sultan Kelantan atas nasihat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dalam pelaksanaan hukuman tersebut.
  • Pengecualian Hukum Hudud Hirabah.
  • Pengecualian Hukum Hudud Qazaf.
  • Penambahan perkataan 'dan liwat' selepat perkataan zina dalam fasal yang memperkatakan tentang bilangan saksi.
  • Menukar perkataan Mahkamah Agung kepada Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Rayuan.

Kita tunggu dan lihat bagaimana pelaksanaan dan penguatkuasaan Enakmen ini selepas diluluskan oleh Sidang Dun Negeri Kelantan. Adun-Adun BN telah menyatakan sokongannya terhadap perkara ini, namun bagaimana pula pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang yang telah bertahaluf siyasi dengan Pas?

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...