#PrayForMH370

#PrayForMH370

Thursday 19 March 2015

Kesemua 12 ADUN BN Sokong #Hudud Kelantan


Kota Bharu - Kesemua 12 Adun BN Kelantan sebulat suara menyatakan sokongan penuh terhadap pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015 yang dibentangkan semalam, bagi membolehkan pelaksanaan hukum hudud di negeri ini.

Adun Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang berkenaan, dalam nada sebak menyatakan sokongan terhadap usaha kerajaan negeri, malah bersedia membantu bagi memastikan pelaksanaan hukum itu dilaksanakan.

"Saya sokong hudud ini kerana Allah. Umno sokong juga kerana Allah, bukan kerana politik. Saya tak tahu orang lain, tapi kami (Adun BN) sudah membuat keputusan, tetapi hanya saya sahaja yang bercakap, kami sokong (hudud) kerana Allah.

"Kita akan hadapi masalah yang besar, percayalah, Dun Kelantan akan hadapi cabaran amat besar. Kita semua akan menghadapinya, mereka dari pelbagai kumpulan untuk halang apa kita buat," katanya.


Beliau yang juga Ketua Penerangan BN Kelantan turut menasihatkan kerajaan negeri agar lebih berhati-hati bagi mengelak mencemarkan imej.

"Dalam jawatankuasa teknikal bersama yang dianggotai Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amad Abdullah, persetujuan hanya dicapai untuk empat hukuman sahaja, iaitu zina, qazaf, arak dan murtad.

"Tetapi kerajaan Kelantan tambah dua lagi, iaitu mencuri dan merompak, dan kesalahan ini di bawah kod keseksaan, itu tidak termasuk dalam mesyuarat jawatankuasa teknikal kebangsaan dan tiada dalam peta laluan, jadi kita perlukan majoriti dua pertiga, saya tak tahu apa masalah kelak, tapi kita harap tidak ada yang akan bermasalah," katanya.

Sementara itu, Md Alwi mempertikai tindakan kumpulan tertentu yang sebelum ini dilihat teruja untuk menggunakan kalimah ALLAH tetapi tidak mahu hukum-Nya dilaksanakan. -Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...