#PrayForMH370

#PrayForMH370

Wednesday 17 February 2016

@NajibRazak Kekal PM Hingga PRU14?


SHAH ALAM – Penganalisis politik meramalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan kekal memegang jawatan nombor satu itu paling tidak sehingga Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Pensyarah Fakulti Sains Sosial dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas),Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata, penyertaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) tidak akan memberi sebarang perubahan kepada usaha mereka untuk menggesa Najib meletakkan jawatan.

“Saya tidak fikir itu (Tun M dilantik sebagai Penaung GKCM) akan member kesan besar. Tun M telah melancarkan pelbagai pendekatan termasuk melalui blog dan ucapan-ucapan di pelbagai platform mendesak Najib meletakkan jawatan tapi beliau masih gagal.

“Melihat daripada semua segi, Najib akan terus kekal sebagai PM sekurang-kurangnya sehingga menjelang PRU akan datang,” katanya kepada Sinar Online.

Minggu lalu, Tun Mahathir menerima pelawaan GKCM untuk menjadikannya sebagai penaung kepada gerakan yang lantang mengkritik Najib sejak tahun lalu.

Mengulas lanjut, Dr Jeniri berkata, apa yang akan berlaku selepas PRU14 nanti banyak bergantung pada prestasi Umno khususnya sama ada parti itu mampu mengekalkan kerusi atau kehilangan lebih banyak kerusi.

Sementara, Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata buat masa sekarang, usaha GKCM dengan melibatkan Tun Mahathir dalam menggesa Najib meletakkan jawatan agak sukar membuahkan hasil.

“GKCM perlukan penglibatan semua ahli dan pemimpin Umno. Bukan sekadar Tun Mahathir.

“Buat masa sekarang agak sukar untuk mereka menurunkan Najib walaupun dengan Tun Mahathir. Melainkan sekiranya pemimpin-pemimpin dalam kerajaan juga terlibat,” katanya. -SinarHarian

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...