#PrayForMH370

#PrayForMH370

Saturday, 7 April 2012

Penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH). Apa Depa Kata?




Kerajaan mempertimbangkan penyenaraian FGVH di bursa saham adalah untuk pelaburan bagi meningkatkan taraf hidup peneroka felda menerusi pulangan jangka panjang yang berterusan.. tapi yang peliknya, ada jugak orang yang tak paham akan hasrat kerajaan ini dan mempolitikkan perkara ini.. mari kita baca apa yang depa kata tentang FGVH:-


1)  Penyenaraian FGVH akan menyebabkan para peneroka Felda kehilangan tanah dan rumah mereka akibat digadai di bursa saham. Felda akan mengalami defisit pendapatan apabila saham Felda diapungkan.


Putar belit sungguh! Tiada ladang sawit dan rumah peneroka dicagarkan dalam proses penyenaraian FGVH ke bursa saham walaupun sebutir tanah sekalipun. Sebaliknya, hanya tanah-tanah Felda seluas 360,000 hektar yang disewa dari kerajaan-kerajaan Negeri akan dipajak kepada FGVH selama 99 tahun. Pajakan tanah ini akan memberikan pulangan RM1.5 bilion keuntungan bersama antara Felda dan FGVH setahun, dua-duanya syarikat dikuasai kerajaan pimpinan orang Melayu-Islam, peneroka lain langsung tidak akan dipinggirkan.


Sebarang projek oleh FGVH hanya melibatkan tanah-tanah milik Felda sedangkan tanah-tanah peneroka seluas 10 ekar dan tanah tapak rumah 1/4 ekar sedia ada serta saham-saham dalam koperasi Felda tidak disentuh langsung. Bajet tahunan Felda sebanyak RM1.5 bilion setahun tetap akan diteruskan. Bahkan penyenaraian FGVH akan menjana pendapatan tahunan sebanyak RM500 juta kepada Felda hasil pengapungan sahamnya di bursa saham. Penyenaraian ini bakal menjadikan Felda sebagai syarikat multinasional terbesar dunia berasaskan agro-bisnes bersepadu dan dinamik menyaingi secara sihat dengan industri ladang global yang lain.


2) Jika Pakatan Rakyat memerintah, 360,000 ekar tanah milik Felda akan diagih-agihkan kepada generasi kedua dan ketiga anak-anak Felda.


Macamana nak pecah-pecahkan tanah-tanah milik Felda 360,000 ekar yang selama ini disewakan Felda dari kerajaan-kerajaan Negeri kepada lot-lot tanah kecil? Nak bagi pulak kepada orang-orang yang tiada pengalaman berladang sawit. Pakatan Rakyat boleh berbangga sajalah kononnya 85,000 pemohon telah isi borang nak dapatkan tanah-tanah tersebut. Kalau ikutkan, 85,000 pemohon tersebut hanya dapat 4.23 ekar sahaja seorang, tidak ekonomik langsung! Petani sawah padi lagi cerdik apabila menggabungkan tanah-tanah sawah mereka menjadi ladang sawah, senang dibantu oleh agensi-agensi kerajaan, hasilnya berlipat kali ganda. Cauvinist DAP benci melihat para peneroka Melayu Felda ni pandai dan bersatu-padu, sebab itu mereka menghasut sana-sini menggagalkan penyenaraian FGVH. Melayu haprak je yang rela diperkuda DAP mengkhianati bangsanya sendiri!


Selama ini kerajaan-kerajaan Negeri dapat sumber pendapatan hasil ladang tersebut melalui bayaran premium tahunan. Senang-senang jer Pakatan Rakyat nak bagi tanah ladang sawit tersebut kepada golongan yang tidak berkenaan tanpa penat-lelah menanam mengusahakan tanah tersebut. Esok-esok kalau dah dapat tanah tu gamaknya bolehlah mereka jual tanah kepada tokey-tokey DAP, habis sedikit demi sedikit tanah-tanah orang Melayu dan Kerajaan tergadai kerana kerakusan dan kebodohan pengikut tegar Pakatan Rakyat. Tanah ladang 10 ekar dan tanah rumah 1/4 ekar tersedia pun ada segelintir anak-anak peneroka malas nak jaga, tapi bab nak makan hasil bulanan masing-masing pakat nak berebut sampai bergaduh dan bertambah serabut bila anak-anak berebut wasiat harta pusaka bila mak bapak meninggal dunia. Tak mustahil perkara yang sama akan berlaku kepada tanah 4.23 ekar tu!


3) Peneroka Felda tidak akan menerima 'durian runtuh' dengan penyenaraian FGVH ini. Semuanya janji palsu Barisan Nasional menjelang pilihanraya.


Kita tunggu sajalah. Kerajaan sekarang akan mengotakan janjinya kepada para peneroka Felda. Bila dan masuk saham dan untung, pasti peneroka akan dapat dividen dan bonus tahunan. Tidak seperti Pakatan Rakyat yang sentiasa memberi janji bulan dan bintang (janji kosong) dan menghasut peneroka di sana-sini tanpa ada program pembangunan yang jelas kerana mereka tahu 112,635 peneroka mendiami 317 tanah rancangan Felda terdapat di 55 kawasan parlimen dan 92 DUN yang sekian lama menjadi kubu kuat Barisan Nasional dan UMNO. Harapkan janji palsu puaka berwarna jingga tu memang boleh buat negara bankrap, tak payah tunggu tahun 2019 seperti mana yang dimomokkan kepada para pentaksub Pakatan Rakyat. Dah semuanya nak subsidi dan free, mengelat pulak nak bayar hutang!


4) Tan Sri Isa Samad tak layak menjadi Pengerusi Felda kerana bukan anak peneroka dan bukan ahli Koperasi Permodalan Felda (KPF).


Isu ini tiada kena mengena dengan penyenaraian FGVH! Beliau dipilih kerana kelayakan dan kebolehan beliau selama 22 tahun menerajui Negeri Sembilan, antara negeri yang mempunyai banyak kawasan tanah rancangan Felda. Pakatan Rakyat sakit hati sebab mereka kalah di DUN Bagan Pinang walaupun hebat mengeksploitasi isu peneroka di Felda Sendayan dan LB Johnson yang mana isu tersebut telah diselesaikan oleh kerajaan sebelum PRK Bagan Pinang dulu. Mazlan Aliman sibuk ke hulu ke hilir memfitnah dan buat kacau sebab dia dijanjikan menjadi calon oleh PRU13 oleh Pakatan Rakyat, tak pun dijanjikan jawatan CEO Felda kalau depa menang (nauzubillah!)


5) Pembangkang berjaya mendedahkan penyelewengan FELDA apabila 354 peneroka Felda Kemahang 3, Kelantan berjaya menyaman Felda RM12.5 juta.


354 peneroka tersebut memang menang dalam kes saman ini disebabkan oleh 'kemenangan teknikal' yang diberikan percuma oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu kerana peguam-peguam Felda tidak hadir semasa sesi penggulungan kes. Namun 354 peneroka hanya menerima RM19,000.00 seorang sedangkan para loyar Tetuan Wan Rohimi dan Asmadi menyonglap RM3,767,258.80 (RM3.7j) dari caj guaman.Tidak puas hati dengan pampasan tersebut, 304 peneroka terlibat telah menyaman semula para peguam tamak ini. Majlis Peguam Malaysia pula buat tak tahu je pasal penipuan ahli-ahli mereka ni. Para peneroka ini dah mengharamkan duit yang para peguam tersebut songlap! Sekarang ni, Exco-Exco PAS Kelantan dan Mazlan Aliman mana berani pergi ke Kemahang!


Kini para peguam yang sama cuba menghasut peneroka Felda Kemahang 1 dan 2 di Kelantan serta Felda Moakil di Johor untuk menyaman Felda menggunakan isu kadar perahan minyak sawit. Nanti giliran peguam-peguam PKR; Sivarasah Rasiah dan Latheefah Khoya pula akan melahap duit saman RM200 juta dari 766 peneroka Felda Raja Alias, Negeri Sembilan jika menang kes. Padahal faktanya buat-buat sawit di situ busuk dan tanah tidak subur berbanding di ladang sawit lain.. 30% caj guaman tetap akan dikenakan, namun jika peneroka tarik balik kes, mereka bakal disaman RM5,000.00 seorang oleh peguam-peguam bangsat ini.. wow, banyak tu!!






Tok Kenari : Hai, pandai betul depa ni spin isu.. semoga sahabat-sahabat kita di Felda kaji dulu isu yang dimainkan oleh Pakatan Rakyat, bukan main percaya bulat-bulat.. jangan sampai masa depan anak cucu peneroka menjadi mangsa..

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...