Inilah Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah diharamkan kerajaan suatu masa dahulu.
Tahukah anda semua apa kaitan Chin Peng dengan Ngeh Koo Ham? Dia adalah bapa saudara kepada Pengerusi DAP Perak tersebut.
Tahukah anda semua apa pertalian antara Ngeh Koo Ham dengan Nga Kor Ming? Mereka adalah sepupu yang tentunya berkongsi bapa saudara yang sama, si Chin Peng!
Dan tahukah anda semua apa hubungannya dengan Nizar Jamaludin, bekas MB Perak? Ibu Nizar Jamaludin adalah ibu saudara kepada Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming. Ini bermakna Nizar Jamaludin, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming adalah sepupu manakala ibu Nizar juga adalah sepupu kepada Chin Peng!
Apa pula kaitan mereka dengan Mat Sabu yang menganggap pengganas komunis itu adalah pejuang kemerdekaan yang sebenar? Dan apakah alasan Mat Sabu dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah dalam Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang dengan elaun sebanyak RM15k sebulan?
Jawapannya tidak lain dan tidak bukan adalah Mat Sabu (orang Melayu) diumpan dengan wang ringgit oleh DAP untuk menjadi ayam jantan berkokok untuk cuba membersihkan imej ganas Chin Peng dan Parti Komunis Malaya (PKM) di mata rakyat Malaysia dengan cuba mewujudkan gambaran bahawa mereka adalah pejuang kemerdekaan negara yang sebenarnya bagi tujuan membawa balik Chin Peng dan bekas anggota PKM pulang ke Malaysia tanpa tentangan rakyat.
Bukalah mata wahai orang-orang Melayu PR terutamanya PAS, bagaimana pemimpin mereka digunakan oleh cina DAP bagi menjayakan agenda mereka. Tak pelikkah, dalam banyak-banyak anak syarikat negeri pembangkang, kenapa Mat Sabu bekerja dengan DAP?
No comments:
Post a Comment
Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..