#PrayForMH370

#PrayForMH370

Thursday 7 February 2013

Tabung Memali : Cikgu Non Sahut Cabaran!


6 Feb - Penulis buku 'Kafirkah Aku?' dan 'Air Mata Di Bumi Memali', Zainon Ismail atau CN Al-Afghani hari ini menyahut Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar dengan membuat laporan polis berhubung dakwaan penyelewengan Tabung Memali.

Zainon yang juga bekas aktivis tegar dan ahli seumur hidup Pas membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira pukul 10 pagi hari ini.


Beliau berjaya mengelak daripada ditemui pemberita dan dikatakan keluar dari IPD setengah jam kemudian, namun enggan mengulas lanjut ketika dihubungi.

Bagaimanapun, Zainon memberitahu, satu sidang akhbar khas akan diadakan malam esok berhubung perkara itu.

"Isi kandungan dan apa perkara yang dilaporkan hari ini akan saya beritahu malam esok", katanya ketika dihubungi.

Utusan Malaysia difahamkan, antara penyelewengan yang dinyatakan dalam laporan tersebut adalah mengenai penganiayaan terhadap balu Memali yang diarahkan membayar sejumlah RM3,000 bagi membiayai kos guaman pada tahun 2007.

Selain itu, laporan itu juga mempersoalkan 'kehilangan' wang berjumlah RM30,000 hasil jualan mesin jahit kepunyaan bengkel jahit Memali.

Sebelum ini, Salahuddin dan Mahfuz mahu Zainon membuat laporan polis jika benar berlaku penyelewengan terhadap Tabung Memali selepas beliau mendesak pucuk pimpinan Pas menyiasat perkara itu.

Zainon merupakan salah seorang daripada tiga individu yang bertanggungjawab mengurus Tabung Memali membuat desakan tersebut selepas tidak sanggup lagi melihat hak serta harta anak yatim, balu dan mangsa Memali 'diratah' pihak lain - Utusan Malaysia

p/s: Bagus Cikgu Non! Ada asas perjuangannya menentang kezaliman Pas. Orang Memali di Baling, apa pula tindakan anda?

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...