#PrayForMH370

#PrayForMH370

Monday, 22 April 2013

Karpal: Hadi Tak Layak Menjadi PM


Georgetown: DAP tetap tidak mengiktiraf Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang sebagai Perdana Menteri jika pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya.

Pengerusi DAP, Karpal Singh, menegaskan sebaliknya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang akan dipilih memegang jawatan berkenaan. 

Tegasnya, Hadi tidak akan direstui oleh parti itu dan negara Islam serta hukum hudud juga tidak akan dilaksanakan.

“Kita sudah cakap perkara ini banyak kali dan kenyataan dikeluarkan bekas Timbalan Presiden PAS (Nasharudin Mat Isa) membuatkan saya terpanggil untuk membuat penegasan bahawa DAP menolak hudud dan negara Islam. Pendirian DAP berhubung penolakan terhadap hukum hudud dan negara Islam kekal kukuh, begitu juga dengan pemilihan Perdana Menteri."

“Kita bersetuju Anwar menjadi Perdana Menteri dan bukannya Hadi,” katanya kepada media, di sini, semalam.

Kelmarin, Nasharudin menyifatkan kesediaan DAP menggunakan simbol rakan sekutunya itu iaitu PAS dan PKR mencerminkan penerimaan mereka terhadap perjuangan Islam selain mengiktiraf kewibawaan kepemimpinan Hadi.

Nasharudin dipetik berkata, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, akhirnya memberi pengiktirafan kepada Hadi apabila DAP sanggup menerimanya sebagai Perdana Menteri jika pakatan berjaya menguasai Putrajaya.

Kenyataan itu dikeluarkan Nasharudin susulan hasrat DAP menggunakan lambang PAS pada pilihan raya kali ini jika logo parti itu tidak dibenarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti berkenaan.

Bagaimanapun, SPR membuat keputusan membenarkan DAP menggunakan lambang roket, walaupun ROS membatalkan pemilihan CEC parti berkenaan.

Tok Kenari: Satu yang Tok respect dengan Karpal, dia tetap KONSISTEN tolak perjuangan Islam, tak macam Pas yang mudah gelong dan buat u-turn dan 'kona baring'

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...