#PrayForMH370

#PrayForMH370

Sunday, 7 April 2013

Lagi Perancangan Jahat Pembangkang Terdedah


Selepas beberapa perancangan jahat pembangkang menjelang pilihanraya didedahkan seperti di SINI dan SINI, ada lagi perancangan mereka seperti surat di atas. Ditulis di situ "...untuk mengeruh dan menakutkan pemikiran pengundi UMNO BN."

Kenapa perlu merancang strategi menakut-nakutkan pengundi, sedangkan usaha perlu ditumpukan untuk meraih sokongan pengundi (bukan menakut-nakutkan). Apa guna dianjurkan perhimpunan jalanan Bersih untuk menuntut sistem pilihanraya negara yang bersih, tetapi perancangan mereka sendiri menunjukkan strategi kotor dalam pakatan mereka sendiri!

Terdesak sangatkah mereka untuk menang? Padahal dalam setiap ceramah politik, mereka amat yakin akan menawan Putrajaya kerana 'rakyat' menyokong mereka. Kalau dah yakin boleh menang, apa guna strategi kotor sebegini untuk menakut-nakutkan pengundi?

Gambar kredit to Kelateloni

Tok Kenari: Relakah penyokong PAS membiarkan pakatan menang untuk kuasa dengan cara menjual agama? Adakah demi dendam pemimpin mereka, sanggup kita menjual agama kita sendiri? Adakah perjuangan sebegini diredhai atau dimurkai Allah?

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...