KHAS UNTUK DATO' NAJMI (BEKAS PEMIMPIN KAGAT)
Dari isi hati kami (warga tentera),
Kami, anggota tentera cukup mengenali Dato' semasa dalam perkhidmatan ATM. Dato dianggap seorang pejuang Islam yang menjadi ikon bagi seluruh anggota tentera yang sentiasa menampilkan seorang pemimpin yang telus, bertaqwa, bersih, dan bertanggungjawab. Saya dan rakan dalam ATM amat terkejut dan hairan seolah-olah tidak mempercayai berita `penyertaan' Dato dalam politik dan ada kalangan kami yang masih terpingga-pingga bagaimana orang yang dahulunya diberi kepercayaan oleh warga tentera kerana sikap dan kepribadian kini mahu bersama dengan manusia yang bergelar `ANWAR'.
Adakah tindakan Dato' ini wajar memandangkan Dato' cukup masak dengan `politik Anwar' yang amat menjijikan dan penuh kekotoran. Malah sikap dan kepribadian Dato' kalau dibandingkan dengan Anwar bagaikan langit dan bumi, jauh dan tidak akan sebanding langsung. Kalau Dato' yang sentiasa memperjuangkan Islam, pembangunan spritual, menyanggah arus budaya kufar, menyemai nilai-nilai murni, menajam cinta terhadap sunnah, tetapi Anwar disebaliknya pejuang kebebasan seks, menyokong Kalimah ALLAH untuk digunakan dalam Bible versi Melayu, sukakan demonstrasi, kawan rapat zionis dan pelbagai lagi yang sememangnya menyanggah budaya dan sunnah Nabi serta kesucian Islam!
Apakah Dato' sudah melupai segala pesanan Dato' kepada kami! Dato' sentiasa memperingatkan kami agar sentiasa berada di landasan yang benar mengikut ajaran Islam, tidak mendekati, dipengaruhi dengan ajaran dan amalan yang bercanggah dengan Islam, tidak mudah dinodai oleh gelombang ketaksuban kuasa dan kelonjak metarial kemewahan! Tetapi kini Dato' telah merapati malah menyokong segala tindak tanduk Anwar yang semua tahu amat rapat dengan segala kemaksiatan yang sangat dibenci ALLAH. Rela bersekongkol dengan Menteri Pulau Pinang, dan Karpal Singh walaupun mereka berdua amat membencikan Islam dan umatnya.
Dato',
Kalau Dato' benar-benar TELAH terpengaruh dengan dakyah Anwar, Dato' hanya pandai `bercakap dan memberi pesan semasa berkhidmat dahulu' sedangkan selepas berkhidmat segala ajaran dan pesanan sendiri ingkari. Inikah `wajah' ulama yang digelar pengarah KAGAT suatu ketika dulu yang perlu diberi pengormatan dan pujiuan. Tidak keterlaluan kalau digambarkan seolah-olah tindakan Dato' ini umpama seorang ulama mengislamkan seseorang bukan Islam akhirnya dia menjadi murtad! A'UZUBILLAH.
Dato',
Apapun, kami bukanlah menyeru agar Dato' menyertai mana-mana parti pun. Yang penting Dato' seharusnya mengekalkan imej ulama Dato' yang bersih dan bencikan kepada kemaksiatan, kekufuran dan ketaksuban. Penyertaan Dato' dalam PR hanya mengundang keburukan dan kebencian kami yang sebelum ini meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap peganggan dan dan keyakinan mengenai Islam. Jangan gadaikan nilai diri dan maruah dan keperibadian Dato' hanya kerana terpedaya tipu helah Anwar. Risikonya amat merugikan semua.
Akhirnya, kami mendoakan semoga ALLAH menunjukkan `jalan yang benar' bukannya jalan yang salah lagi dimurkaiNya. Ingatlah kawan yang sebenar bukannya Anwar kerana Anwar membuat umat Islam berpecah, bersengketa dan bertelagah semasa sendiri demi politiknya yang kotor. berepeganglah kepada perjuangan kesucian Islam bukannya parti yang mahu menghancurkan akidah Islam dan kesuciannya.
Terima kasih, kerana membaca. wassalammualaikum warahmatullah.
p/s: Kiriman dari warga tentera yang dipetik dari Pelatuk
No comments:
Post a Comment
Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..