#PrayForMH370

#PrayForMH370

Friday 12 April 2013

Kerana Sayang Suami, Rela Tak Bertanding


Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Beliau berkata, lebih baik beliau menumpukan perhatian kepada kempen dan menarik sokongan pengundi wanita kepada partinya.

"Saya mengambil keputusan untuk tidak bertanding. Saya mahu fokus kepada kempen," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR, di sini hari ini.

Beliau menafikan telah diketepikan kerana tidak bertanding dan berkata, beliau masih presiden parti.

Mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau pernah menulis surat kepada Dr Mahathir sebanyak 18 muka surat 15 tahun lalu mengenai salah laku suami beliau Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu menjadi timbalan perdana menteri, Wan Azizah berkata: "Saya tidak pernah menulis surat itu."

Minggu lalu Dr Mahathir memberitahu media mengenai surat itu, tetapi tidak mendedahkan kandungannya.- Bernama

p/s: Lebih layak digelar Presiden boneka, sebab Ketua Umum dan Timbalan Presiden lebih berkuasa!

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...