Semasa PRU12 yang lalu, imej Pakatan Rakyat dilihat sebagai satu harapan baru kepada rakyat Malaysia bagi membawa negara ke arah yang lebih maju. Namun setelah diberi 'peluang' oleh rakyat untuk mentadbir beberapa buah negeri, rakyat sudah semakin mengenali barisan pemimpin yang telah dipilih ini.
Hanya sekadar mengingkap kembali kenangan sebelum PRU12, bagaimana rakyat terutamanya penduduk bangsa India di Kampung Buah Pala di Pulau Pinang menaruh harapan setinggi gunung kepada Pakatan Rakyat yang dilihat bersungguh-sungguh memperjuangkan nasib rakyat.
Jadi, sekadar untuk renungan bersama, terutama kepada rakan-rakan Tok dari masyarakat India, kenangilah 'jasa' dan 'perjuangan' pemimpin Pakatan ini yang dirasakan sangat menjaga rakyat dan mengambil berat akan kebajikan rakyat di negeri pimpinan mereka.
No comments:
Post a Comment
Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..