#PrayForMH370

#PrayForMH370

Friday, 12 April 2013

Perpecahan Dalaman! AMK Tolak Calon Parti Sendiri


Telok Kemang - Satu sidang Media telah diadakan AMK Telok Kemang pada pukul 4 petang tadi yang dihadiri sendiri oleh Shahmugam Timbalan Ketua AMK Telok Kemang dan beberapa AJK Cabang Telok Kemang yang sekeras-kerasnya menolak Dato Kamarul Bahrin (Mantan MP Telok Kemang 2008-2013) untuk bertanding di kawasan yang menjadi rebutan di antara BN dan PKR ini.

Dalam kenyataan media yang dihadiri lebih 40 AJK dan Ahli AMK Cabang Telok Kemang menggesa Pimpinan PKR Pusat melakukan reformasi terhadap senarai calon sebelum ianya diputuskan. Mereka juga menggesa supaya PKR Pusat khususnya kem Azmin Ali dan Dato Seri Anwar untuk mendengar cadangan dari PKR Cabang dan bukannya meletakkan sahabat handai dan saudara mara pimpinan tertentu.


AMK Telok Kemang juga mencadangkan agar BadrulHisham Shahrin atau dikenali sebagai Chegubard yang ditolak oleh PAS Pulau Pinang di Sg Acheh untuk bertanding mewakili PKR di Telok Kemang.

Antara tetamu yang hadir adalah Kali Dass AJK AMK Telok Kemang dan K Batumalai -AJK AMK Telok Kemang serta Nazrul Ismail. Ada di antara mereka yang hadir berpendapat bahawa sekiranya Dato Kamarul Bahrin bertanding, PKR akan kehilangan kerusi parlimen Telok Kemang.


Sidang media ini jelas menunjukkan kapal parti mereka semakin hari semakin pecah. Ia jelas berlaku bukan sahaja di lain-lain negeri, malah berlaku di Negeri Sembilan. Untuk rekod, Kamarul Baharin (PKR) juga dikatakan jarang berada di kawasan parlimennya dan banyak mengabiskan masa di rumahnya di Kuala Lumpur.




Penentangan di antara Chegubard dan Kamarul Bahrin nampaknya semakin sampai ke kemuncak. Terdahulu, Dato Kamarul Baharin selaku Pengerusi PKR Negeri dikatakan sumber dalam PKR adalah orang yang bertanggungjawab mengusir Chegubard dari politik Negeri Sembilan sehingga Chegubard terpaksa melahirkan SAMM selepas terkeluar dari persaingan politik dalaman AMK.

-sumber: MyHomeSoil

p/s: Chegubard ni kemaruk nak kuasa.. bila kononnya nama dia dicalonkan di Pulau Pinang, dia takut nak bertanding di situ sebab takut kalah.. hang dok merata menjaja cerita buruk orang, tapi takut? pii rah mabuk..

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...