#PrayForMH370

#PrayForMH370

Thursday, 28 March 2013

Nalla: Anwar Perlu Minta Maaf


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu tampil dan memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia berhubung penyebaran pelbagai video serta gambar yang menimbulkan persoalan mengenai tahap moral pemimpin itu.

Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan berkata, Anwar tidak boleh lagi berselindung di sebalik proses undang-undang dan menyaman pelbagai pihak yang mendedahkan perkara itu di laman web dan media.

Katanya, ini kerana rakyat boleh mengenali bentuk wajah dan badan pemimpin pembangkang itu. Pendedahan video terbaharu pengendali blog 'Papa Gomo' baru-baru ini menimbulkan pelbagai persoalan kepada rakyat terutama para penyokong pakatan pembangkang.

"Saya sudah beberapa kali mendedahkan salah laku moral Anwar secara terbuka, maka saya tidak terkejut tetapi bagi orang yang mempercayai Anwar, mereka pasti tertanya-tanya.

"Setelah saya melihat video terbaharu itu, saya amat pasti bahawa memang individu tersebut adalah Anwar Ibrahim. Jadi adalah lebih baik untuk Anwar tampil meminta maaf dan mengakui secara umum kepada rakyat bahawa memang dia dalam video itu," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di pejabatnya bagi mengulas tindakan saman Anwar ke atas 'Papa Gomo' bernilai RM100 juta, berhubung penyiaran gambar intim dua lelaki, yang sebenarnya disiarkan di blog rajagoyang360.blogspot.com terlebih dahulu.

Bagaimanapun, Anwar menyaman 'Papa Gomo' berhubung gambar dimuat naik oleh 'rajagoyang' dan ekoran itu, 'Papa Gomo' mendedahkan pula sebuah klip video terbaharu yang didakwa membabitkan Anwar dengan seorang lagi lelaki.

Nallakaruppan yang merupakan bekas rakan karib Anwar selama 30 tahun memberitahu, Anwar mungkin boleh memperdayakan banyak pihak bahawa beliau bukan merupakan individu di dalam klip-klip video yang didedahkan, namun Anwar tidak akan sesekali boleh menipu beliau.

"Dahulu saya selalu berada di dalam bilik bersama Anwar ketika beliau melakukan pelbagai aktiviti, jadi saya memang tahu bentuk badannya, saya pasti gambar dari (blog) rajagoyang dan video Papa Gomo kedua-duanya membabitkan Anwar," katanya.

Nallakaruppan kini menghadapi tindakan saman RM100 juta oleh Anwar ekoran kenyataan terbuka Ahli Dewan Negara itu yang mendakwa Anwar merupakan seorang pengamal biseksual dan tidak layak menjadi pemimpin. -Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...