Dunia siber politik sekali lagi 'bertempur' semenjak berlaku pencerobohan 'tentera' Sulu bersenjata ke Lahad Datu. Kemudian beberapa berita dari dalam dan luar negara telah menyatakan bahawa kemasukan 'tentera' ini berlaku kerana perancangan yang telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin pembangkang menerusi beberapa 'trip' ke Filipina. Kemungkinan besar adalah untuk berunding dengan puak Sulu dan MNLF untuk menuntut hak mereka ke atas bumi Sabah.
Kemudian, pendedahan baru menerusi rakaman video ketua umum pembangkang yang sering menyanyikan lagu dengan ungkapan "Sabah Nak Hilang" telah menimbulkan satu lagi tanda tanya, adakah sememangnya pemimpin pembangkang ini telah merancang untuk berlaku kekacauan atau pertumpahan darah bagi memberi imej yang negatif terhadap kerajaan BN. Mungkin jika negara bergolak, maka pembangkang akan memainkan sentimen kelemahan pentadbiran kerajaan BN?
Semenjak tercetusnya ketegangan di Lahad Datu, timbul beberapa persoalan mengenai insiden ini dan kaitannya dengan pihak pembangkang:
- Kenapa perlu menyanyikan lirik 'Sabah Nak Hilang" berulang-ulang kali atas pentas ceramah?
- Kenapa Tian Chua awal-awal lagi menuduh insiden Lahad Datu satu konspirasi Kerajaan UMNO?
- Kenapa perlu ada pertemuan antara Tian Chua dengan Nur Misuari 4 bulan yang lepas?
- Kenapa Nur Misuari pulak yang mempertahankan penceroboh bersenjata jika tentera tersebut bukan dari MNLF?
Jika Sabah diisytiharkan darurat (seperti mana Kelantan 1977) ketika Pilihan Raya Umum berlangsung, siapakah yang akan mendapat manfaat dari peristiwa ini, BN atau Pakatan Pembangkang? Najib atau Anwar?
Fikir-fikirkanlah....
No comments:
Post a Comment
Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..