Gambar Hiasan |
Hampir seribu pelajar Malaysia di sembilan daerah seluruh Mesir mengadakan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan negara dan keselamatan anggota keselamatan di Sabah.
Muhamad Rafiq Azman, pelajar yang menuntut di Kaherah memberitahu Bernama, di tempatnya, kira-kira 50 pelajar telah mengadakan solat hajat dan bacaan Yassin selepas solat Maghrib.
Muhamad Rafiq Azman, pelajar yang menuntut di Kaherah memberitahu Bernama, di tempatnya, kira-kira 50 pelajar telah mengadakan solat hajat dan bacaan Yassin selepas solat Maghrib.
"Tujuan diadakan solat hajat ini tak lain dan tak bukan adalah untuk mendoakan keamanan negara agar tanah air yang tercinta dilindungi Allah dan memohon agar pengkhianat bangsa dan penceroboh dapat ditewaskan," katanya.
Menurut Rafiq solat hajat di Kaherah dianjurkan oleh Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK) yang telah mengumpulkan pelajar Malaysia dari rumah-rumah negeri masing-masing.
"Kami tidaklah mengadakan majlis rasmi, hanya inisiatif pelajar di sini atas dasar cintakan negara," katanya.
Sejak pencerobohan militan di Lahad Datu, Sabah pada 12 Feb lepas, lapan anggota polis terkorban, iaitu dua maut dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Kampung Simunul di sini sehari kemudian. - Bernama
Tok masih teringatkan usaha kerajaan menerusi inisiatif Perdana Menteri untuk membawa pulang rakyat kita terutamanya pelajar Malaysia semasa tercetusnya 'Arab Spring' beberapa tahun yang lalu.
p/s: Rakyat kita di luar negara pun ambil kisah dan bimbang dengan tahap keselamatan di Sabah, tapi ada pula rakyat kita yang tinggal dan hirup udara di Malaysia tak rasa bersyukur langsung malah dikutuk pula pasukan keselamatan kita!
No comments:
Post a Comment
Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..