#PrayForMH370

#PrayForMH370

Saturday, 23 March 2013

Agenda DAP Di Perak Belum Selesai


Sejak berbulan dulu tersebar propaganda bahawa tidak ada tanda-tanda DAP akan kehilangan Pulau Pinang (PP) dalam PRU13. Cakap-cakap, “pengundi Cina tidak akan biarkan kerajaan Cina tumbang seperti di Perak,” sudah menjadi sesuatu yang cukup lumrah kedengaran, terutama mereka yang bersekongkol dengan DAP.

Perubahan atau setidak-tidaknya penggiliran yang dituntut pengundi Melayu tidak mungkin berlaku jika mereka bersatu 100 peratus sekalipun kerana bagi pengundi Cina, Pulau Mutiara adalah hak mereka. Ia disahkan lagi dengan terdirinya kerajaan DAP di negeri itu selepas 2008.

Mungkin ada yang masih ingat projek Tanjung 1 dan Tanjung 2 yang diusahakan oleh DAP untuk menguasai PP dalam beberapa pilihan raya umum terdahulu. Mengapa Pulau Pinang? Jawapannya tentulah komposisi penduduk Cina yang menjadi majoriti dan parti tersebut sudah bersedia mempermodalkan kedudukan demografik berkenaan.

Sebenarnya bukan kita nak bercakap pasal Guan Eng atau dasar Cinanya di pulau itu. Kita faham walaupun PP dan Perak tidak sama tapi DAP merasakan peluang mereka di Perak juga cerah. Bahkan mereka merasakan peluang mendominasi politik di Perak jauh lebih cerah dari Selangor ataupun Kedah. Dari segi kedudukan kerusi Exco, seperti di Kedah dan Selangor, DAP gagal menunjukkan belang.Di Perak setidak-tidaknya mereka membuktikan berjaya menonjolkan kuasa menolong kaum kerabat.


Dalam PRU12, DAP mengejutkan BN di Perak apabila menguasai 18 kerusi Dun. Rekod ini dicipta di tengah-tengah penolakan pengundi terhadap BN. Dengan kata-kata lain, jarum hasutan yang dimainkan oleh DAP berjaya menyebabkan pengundi BN daripada kalangan kaum Cina beralih selera sokongan.

Tapi kuasa ALLAH mengatasi kepandaian politik DAP apabila kerajaan PR bertahan 11 bulan. Justeru DAP tidak boleh memaafkan tiga Adun PR yang melompat parti dengan menyokong BN.

Namun sementara DAP berputih mata, bagi mereka, kerajaan PR walaupun bermenteri besarkan tokoh Pas, berbangsa Melayu dan beragama lslam, ia sebuah kerajaan yang pada hakikatnya dikuasai Cina. Dari 10 Exco kerajaan negeri, DAP diperuntukkan 6 kerusi. Maknanya DAPlah yang menguasai kerajaan Perak, MB dari Pas sekadar boneka seperti yang dilabelkan oleh umum termasuk oleh penyokong parti dari kalangan puak intelektual.

Komposisi kaum di Perak menunjukkan orang Melayu berjumlah 55. 2 peratus, Cina 32.4 peratus dan India, 12.4 peratus pada 2008. Tetapi komposisi kini, orang Melayu 58 peratus. Secara logik pun, perwakilan dalam Exco sepatutnya mencerminkan hal ini. Di sebelah Umno bagi menjaga kepentingan orang Melayu dan kaum lain, mereka bersedia bergabung dengan Pas (selepas PRU12) semata-mata menyelamatkan Perak dikuasai DAP.

Malang Pas tidak fikir aspek ini kerana kemaruk kuasa. Tawaran pembentukan kerajaan perpaduan dengan Umno ditolak walaupun jawatan MB diserah pada mereka.

Bagi DAP jawatan MB penting tetapi lebih utama ialah pengagihan kerusi Exco. Dengan 6 Exco-nya, DAP boleh menentukan hala tuju Perak. MB sekadar pengerusi mesyuarat jemaah Exco tetapi kuasa terletak kepada jumlah Exco yang mengundi sesuatu isu. Oleh itu, DAP awal-awal lagi memastikan tokoh Melayu yang dilantik menjadi MB mudah dikuasai.


Namun itu semua tidak mencukupi buat DAP. Kita tentu ingat bagaimana kampung baru Cina di Kuala Rui, Gerik diberi tanah hak milik kekal selama 999 tahun oleh kerajaan PR pada tahun 2008.

Bahkan satu lagi kejutan sukar diterima akal ialah langkah sebilangan pemimpin DAP mencadangkan dalam satu seminar di Kuala Lumpur untuk mengubah Perlembagaan Negeri bagi membolehkan bukan Melayu/Islam menjadi MB Perak. 

Mungkin mereka merasakan kalau di Pulau Pinang orang Melayu sudah hilang hak mereka untuk menjadi Ketua Menteri, maka di Perak tinggal masa sahaja yang akan menentukannya.

Begitulah nampaknya yang terdapat di minda DAP dan sesetengah penyokong berketurunan Cina. Bagi mereka, sekiranya kalau tidak Cina yang memerintah, maka mereka tidak sepenuhnya merasakan mereka adalah rakyat Malaysia.

Justeru, ikut mana sekalipun diberikan interpretasi, dianalisis, matlamat DAP, baik di Perak atau di mana-mana sekalipun ialah untuk mengubah status quo.Untuk mencapai agenda itu, mereka menumpang agenda Pas dan PKR bagi membolehkan akhirnya mereka menjayakan agenda tersirat mereka.

p/s: Hasil cetusan Yusof Harun di Sinar Harian, untuk renungan bersama..

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...