#PrayForMH370

#PrayForMH370

Tuesday, 19 March 2013

Pelaksanaan ESSCOM Dimulakan Di Felda Sahabat


Pelaksanaan Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM), yang meliputi 1,400 kilometer kawasan pantai timur negeri itu mula dilaksanakan di gugusan Felda Sahabat dengan menaik taraf struktur logistik sedia ada serta penambahan anggota dan aset keselamatan. 

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata selain itu aset laut Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan digembleng bersama bagi memastikan perairan Sabah bebas daripada ancaman luar.

PDRM akan melaksanakan segera usaha menaik taraf balai polis Cenderawasih, menambah bilangan anggota dan mewujudkan pos kawalan baharu di kawasan strategik di sekitar gugusan Felda Sahabat. 

"Kami juga akan menambah bilangan kereta peronda baharu di Felda Sahabat ini dan mendapatkan kenderaan pelbagai guna yang bersesuaian dengan bentuk muka bumi di sini untuk memudahkan kami bergerak di kawasan seperti paya, ladang, hutan dan kawasan paya bakau. Semua persiapan itu dijangka siap dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Pembentukan Kawasan Keselamatan Khas Sabah diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Mac untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri itu.

Kawasan Keselamatan Khas Sabah merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu. Lahad Datu akan menjadi pusat pemerintahan ESSCOM.

Segala aset maritim dan darat akan diselaras bagi memastikan objektif penubuhan ESSCOM tercapai.

Pelarasan ini termasuk tiga disiplin perkhidmatan tentera iaitu darat, laut dan udara serta APMM yang akan kita masukkan sekali dalam pelaksanaan ESSCOM.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...