#PrayForMH370

#PrayForMH370

Friday, 1 March 2013

Lahad Datu: Takziah Kepada Pejuang Negara

Kawalan PDRM di Lahad Datu

"Datuk Seri Najib Razak berkata, kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu, Sabah terlebih dahulu memulakan serangan terhadap pasukan keselamatan Malaysia apabila mereka mara 1.5 kilometer dari tempat mereka berkampung sebelum ini. 

Perdana Menteri berkata, beliau sudah memberi mandat kepada ketua polis negara dan panglima angkatan tentera untuk mengambil sebarang tindakan terhadap kumpulan penceroboh bersenjata itu dan tiada kompromi lagi." -dipetik dari Berita Harian

Satu kejadian serangan tembak-menembak di antara pihak pasukan keselamatan dan kumpulan penceroboh 'Kesultanan Sulu' telah berlaku di Kg. Tanduo, Lahad Datu pada jam 9.55 pagi 1 Mac 2013. Serangan yang dimulakan oleh pihak penceroboh setelah mendapati kawasan mereka dikepung oleh pasukan keselamatan, berikutan tidak mahu berundur setelah beberapa siri rundingan dan tawaran pulang dikemukakan oleh pihak berkuasa Malaysia.


Daripada insiden tersebut, 12 orang penceroboh telah meninggal dunia manakala 2 orang anggota polis telah meninggal dunia selain 3 orang lagi cedera dan dirawat di hospital. Senarai 5 orang anggota tersebut adalah:

1. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (terkorban)

2. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (terkorban)

3. Koperal 135383 Azman B. Ampong (cedera di punggung/peha - ditempatkan di Hospital Lahad Datu)

4. Koperal 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim (cedera di tangan dan kaki - ditempatkan di Hospital Lahad Datu)

5. Konstabel 176533 Mohamad Qaiyum’aiqal B. Zolkifli (cedera di bahu kanan dan kedua-dua kaki – kini ditempatkan di Hospital Sandakan)

Di sini, Tok Kenari ingin merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga pejuang negara ini.

Namun Tok Kenari sangat kesal apabila insiden keselamatan ini dipolitikkan oleh pihak pembangkang, seolah-olah segala usaha yang diambil oleh pasukan keselamatan untuk mempertahan kedaulatan dan keselamatan negara adalah perkara sia-sia & tidak berfaedah. Teruk betul mereka ini sehingga semua perkara pun hendak dipolitikkan! Sia-sia je akal yang diberikan oleh Allah apabila kepala hotak hanya berfikir untuk berpolitik dan mencari salah kerajaan.





Kisah risikan Filipina kaitkan pembangkang dengan kesultanan Sulu di >>SINI<< 
Kisah Tian Chua pernah membunuh askar Melayu di >>SINI<<

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...