#PrayForMH370

#PrayForMH370

Thursday 11 April 2013

Tolak Sumbangan Parti, Syabas Polis Kedah!


Polis Kedah mempertahankan tindakannya menolak sumbangan cek Lahad Datu bernilai RM30,000 daripada pakatan pembangkang Kedah, Isnin lalu, atas prinsip berkecuali daripada mana-mana parti politik.

Ia sekali gus menyangkal dakwaan pihak tertentu seperti disebarkan dalam internet tindakan polis itu didalangi oleh Barisan Nasional (BN) Kedah.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, Ahad lalu, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah menerima makluman daripada Pejabat Menteri Besar mengenai sumbangan cek itu atas nama kerajaan negeri sebelum menganjurkan satu majlis di Mes Pegawai Kanan, Jalan Kolam Air, di Alor Setar, pada hari berikutnya.

Bagaimanapun, beliau berkata, sebelum penyerahan dilakukan, pihaknya mendapati cek berkenaan adalah daripada pakatan pembangkang dan bukannya daripada kerajaan negeri seperti yang dimaklumkan.

Sehubungan itu, katanya, PDRM Kedah menasihatkan parti politik yang berhasrat menyalurkan sumbangan kepada keluarga mangsa korban di Lahad Datu supaya berhubung terus dengan pihak Media Prima Berhad yang menubuhkan tabung itu bagi memudahkan urusan.

"Polis Kedah tidak akan menerima sebarang sumbangan daripada parti politik bagi mengekalkan prinsip berkecuali dan bimbang salah tafsir pihak tertentu. Sumbangan diterima sebelum ini adalah daripada orang perseorangan dan badan bukan kerajaan (NGO). Saya menasihatkan mana-mana parti politik yang berhasrat menyalurkan sumbangan berkaitan Lahad Datu supaya menyalurkannya menerusi tabung Media Prima agar dapat diagihkan kepada semua keluarga pegawai serta anggota polis dan angkatan tentera terbabit."

"Bagaimanapun, kita berterima kasih kepada parti politik di atas keprihatinan dan penghargaan diberikan mereka terhadap keluarga mangsa korban di Lahad Datu," katanya ketika dihubungi.


Warta Kedah kelmarin melaporkan, pimpinan pakatan pembangkang Kedah kecewa dengan polis negeri ini kerana enggan menerima sumbangan penyokong mereka untuk disalurkan kepada wira negara yang terkorban dan cedera di Lahad Datu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya dan Pertanian negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah dilaporkan berkata, beliau kesal apabila PDRM tidak mahu menerima sumbangan untuk diserahkan kepada wira Lahad Datu, sedangkan ia adalah sumbangan rakyat.

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...