#PrayForMH370

#PrayForMH370

Friday 29 March 2013

Dipaksa Lafaz Baiah Cerai Isteri!


"Wabillahi, Watallahi.. sekiranya aku belot atau undur daripada perjuanganku dan tidak taat kepada pemimpinku, nescaya jatuh talak ke atas isteriku"

Begitulah petikan baiah yang dilafazkan oleh Shaidi Hussin, 45, yang dilakukan di hadapan ketuanya pada 1995 di sebuah dewan di Bangunan PAS di Kota Bharu.

Lafaz itu perlu dilakukannya bagi jaminan beliau tidak belot dan mendedahkan rahsia dalaman parti, terutama membabitkan perancangan menjatuhkan UMNO.

"Sesiapa yang mempunyai jawatan tinggi dalam parti (PAS), tahu rahsia dalaman terutama unit keselamatan dan perang saraf, dikehendaki melakukan baiah. Kami perlu mengucapkan lafaz ini di hadapan ketua masing-masing, manakala sesetengah wakil rakyat pula di hadapan Mursyidul Am PAS sendiri," katanya.

Shaidi, yang kini Pengerusi Selamat Tinggal PAS (STP), berkata bagi pengikut yang taksub kepada pemimpin dan parti, mereka akan melakukan baiah secara sukarela, namun ada pengikut dipaksa kerana arahan pemimpin.

"Pengikut yang terbabit dengan sesuatu rancangan rahsia atau komplot, terutama untuk menjatuhkan UMNO, wajib melakukan sumpah baiah," katanya yang juga bekas Timbalan Ketua Keselamatan PAS Kelantan. -Berita Harian.


Baca di SINI untuk ulasan Ust Zaharuddin Abd Rahman mengenai lafaz baiah tersebut.

2 comments:

  1. Sumpah Bai'ah Talak Isteri adalah yang terbaik. Sebagai seorang rakyat dan pengundi maka amat besar harapan anda untuk memilih pemimpin yang cekap, jujur dan amanah dalam menguruskan politik dan pentadbiran kawasan supaya lebih selamat dan tenteram tetapi tanpa diduga Wakil Rakyat atau Wakil Parlimen anda dengan begitu mudah melupakan segala tanggungjawabnya dan melompat parti dan lebih buruk lagi tidak langsung menghiraukan kawasan dibawah seliaannya.......Adakah anda suka begitu? Adakah anda suka Wakil Rakyat seperti si Kafir Lahanat Osman jailu atau Jamaluddin Posmen di negeri antah berantah tu? Atau anda suka dengan nama Zul Yahudi (Kulim) atau Hassang Munafik (Sampah PAS)...? Atau anda semua hanya suka sumpah Laknat Saiful Bukharyy (tak berak 3 hari) tu..?

    ReplyDelete
  2. Mereka meninggalkan pakatan haram kerana pas/pkr munafik dengan pembohongan dan fitnah

    ReplyDelete

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...