#PrayForMH370

#PrayForMH370

Tuesday 26 March 2013

Tentera Jaga Sempadan Jangan Leka!


Anggota tentera yang bertugas di kawasan sempadan Malaysia-Thailand diingatkan agar sentiasa waspada dengan sebarang kemungkinan sekalipun keadaan di situ aman.

Panglima Dua Divisyen Mej Jen Datuk Azizan Md Delin turut meminta anggota pasukan keselamatan di sempadan itu mengambil iktibar kejadian pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah.

Dalam menjaga keselamatan negara ini tidak boleh leka kerana pasti ada pihak yang berniat jahat mahu menyelinap masuk ke negara ini sama ada untuk melakukan jenayah mahupun menggugat kedaulatan negara, katanya.

Tok Kenari: Pasukan keselamatan yang telah diamanahkan menjaga dan mengawal keselamatan, terutamanya di sempadan negara hendaklah melaksanakan amanah yang diberikan dengan penuh komitmen. Namun begitu, hal yang berkaitan keselamatan di sempadan jangan hanya tertumpu kepada pasukan keselamatan seperti polis dan tentera sahaja. Jangan dilupakan kepada agensi lain yang menjaga pintu masuk negara seperti Imigresen, Kastam dan seumpamanya, termasuk juga rakyat yang sering berurusan di sempadan. Kedaulatan dan keselamatan negara juga berada di tangan kita semua!

1 comment:

  1. Semak samun ...nampak macam tak jaga pun...kalau jaga tentulah bersih...takkanlah aht tu pun tenter naak ken ajaga jugak......tanggungjawab sapa tuuuuuu.....

    ReplyDelete

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...